Page 12 - PNMB Info Cetak
P. 12
sesi lawatan
KE PNMB OLEH UNIT MAJLIS MESYUARAT
KERAJAAN NEGERI, PEJABAT SETIAUSAHA
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
ada 31 Julai 2017, Unit Majlis Kerajaan Negeri Selangor (MMKN)
telah mengadakan sesi lawatan ke Percetakan Nasional Malaysia
Berhad (PNMB).Objektif lawatan tersebut untuk mendapat
maklumat dan penerangan lanjut khususnya penggunaan kertas
P dan ciri-ciri keselamatan yang dicetak oleh pihak PNMB.
Seramai 16 orang kakitangan MMKN menghadiri sesi lawatan tersebut
yang diketuai oleh Encik Mohd Khairul Ashraff bin Radzali iaitu Setiausaha
MMKN Selangor Darul Ehsan. Sesi Penerangan operasi syarikat PNMB telah
dibentangkan oleh Tuan Haji Lotfi ‘Amer Haji Abd Hamid (Ketua Unit SBU
GP) dengan dibantu oleh Encik Razlan bin Abdullah, Grafik Keselamatan
Khususnya berkenaan cetakan ciri-ciri keselamatan. Selain itu sesi soal
jawab juga diadakan antara kedua pihak.
Selepas sesi penerangan tersebut, semua kakitangan rombongan dibawa
melihat operasi kerja-kerja cetakan di dalam premis PNMB dan diberi
penerangan oleh Encik Borhanuddin bin Abu Bakar (Eksekutif Pengeluaran).
Sebelum rombongan bersurai, sesi bergambar rombongan telah diadakan
serta sesi bertukar cenderahati di kedua belah pihak sebagai penghargaan
lawatan tersebut.
12 INFOCET AK
J u l a i - Di s em b er 2017