Page 32 - PNMB Info Cetak
P. 32
LATIHAN PENGUNGSIAN
BANGUNAN
DI PNMB KL
ada 14 Disember 2017, Unit SHE dengan
kerjasama Pasukan Penyelamat ERT PNMB
KL telah mengadakan latihan pengungsian
bangunan bagi tahun 2017. Matlamat utama
P latihan ini diadakan adalah untuk memberikan
pengetahuan kepada warga PNMB tentang bahaya
kebakaran dan tatacara dan tindakan yang tepat harus
diambil sekiranya terjadinya kebakaran. Seramai 407
personel PNMB, pelawat dan kontraktor telah terlibat
pada pengungsian bangunan kali ini.
Latihan memadam kebakaran menggunakan alat
pemadam api turut diadakan dengan kerjasama TAAT
Team dan Lead Team. Sebanyak lima kumpulan staf
dibentuk yang disertai secara campuran staf oleh
semua Jabatan dan Unit. Latihan yang dikendalikan
oleh Pasukan Penyelamat (Emergency Response Team
– ERT) PNMB dengan menggunakan format pertandingan ini secara
tidak langsung telah memberikan panduan tentang cara pengendalian
alat pemadam api sekiranya terjadi kebakaran di samping membentuk
semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
Sambutan yang amat menggalakkan daripada staf telah memberikan
inspirasi kepada Unit Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran untuk
melanjutkan format pertandingan ini ke peringkat cawangan pada
masa akan datang. Turut diadakan acara mengenal pasti bahaya
(Spot The Hazard) dan Pertolongan Cemas (First Aid).
Penyerahan hadiah bagi pemenang kesemua peserta pertandingan
telah disampaikan oleh Encik Mohamad bin Abdullah, Pengarah
Urusan PNMB.
32 INFOCET AK
J u l a i - Di s em b er 2017