Page 20 - Buku Pengurusan dan Takwim SKLHS 2020 TERKINI
P. 20
Buku Pengurusan & Takwim Persekolahan SKLHS 2020
SKLHS Menjulang Aspirasi
PROFIL SEKOLAH
Pada mulanya, murid sekolah ini merupakan murid Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Lok Heng.
Pertambahan murid yang drastik telah menyebabkan Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Lok Heng tidak dapat
menampung jumlah muridnya dan pada tarikh 1 April 1990, sekolah ini telah diwujudkan dengan mengambil murid-
murid yang terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Lok Heng Selatan sahaja. Pada masa itu, Sekolah Kebangsaan
Felda Lok Heng Selatan hanya menumpang di Sek Men Keb Lok Heng (sekarang SMK Lokman Hakim) sementara
menunggu bangunan baru sekolah ini siap.
Pada masa itu, bilangan guru adalah seramai 20 orang dan jumlah murid hanyalah 500 orang. Bilangan aliran
darjah pula adalah dari Tahun Satu hingga Tahun Lima sahaja.
Menjelang awal tahun 1994, sekolah ini telah dinaiktaraf dari sekolah Gred B ke sekolah Gred A kerana
pertambahan murid yang pesat. Pada tahun 2002 sekolah ini telah mendapat sebuah lagi bangunan baru 3 tingkat.
Selama tempoh sekolah ini dibuka, sekolah ini telah menerima 12 orang guru besar yang telah berkhidmat dengan
penuh dedikasi menabur bakti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Antara guru besar tersebut ialah :
BIL NAMA GURU BESAR TEMPOH PERKHIDMATAN
1. En Aris bin Omar 1991-1994
2. En Hussin bin Hassan 1994
3. En Jalil bin Rusek 1995-2003
4. En Mohd Sapari bin Mohyeddin 2003-2004
5. Pn Lim Bee Hoon 2004-2005
6. Pn Sapiah bt Muhammad 2005-2006
7. Ym Raja Mazlan bin Raja Latife 2006-2007
8. Tn Hj Anwal bin Mohd Juah 2007-2010
9. Hjh Tamilah@Jamilah bt Ismail 2011-2013
10. En Za’ba bin A.Rahman 2013 -Sept 2014
11. Tn. Haji Mohd Safarin bin Zainal Sept 2015 hingga 30.01.2019
12. En Ramli bin Osman Februari 2019 hingga sekarang
FALSAFAH SEKOLAH
• Sentiasa memberi keutamaan kepada semua kemahiran dan kebolehan murid supaya terus berkembang
berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Berbekalkan tenaga pengajar yang berkebolehan tinggi, cekap, bersemangat dan mempunyai latarbelakang
pendidikan, ditambah dengan kemudahan yang ada, sekolah mampu membimbing dan melahirkan pelajar
yang berakhlak serta berintelek supaya dapat berbakti kepada AGAMA, BANGSA , MASYARAKAT dan
NEGARA bertepatan dengan slogan sekolah ini iaitu “Menjulang Aspirasi”.
19