Page 14 - Majalah 2017
P. 14
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian dibuka pada 9 Januari 1949, bertempat di
Quarters Johor Military Force (JMF) atau Timbalan Setia Negeri Johor yang sekarang ini
dikenali sebagai Sekolah Tengku Mahmood Iskandar , Jalan Alsagoff, Pontian. Pada wak-
tu itu, hanya tiga kelas sahaja dibuka. Satu daripadanya ialah ―Special Malay Class‖.
Pada ketika itu, semua kelas ditempatkan di bangsal kereta. Tidak lama kemudian, 3 ke-
las lagi ditambah. Jumlah keseluruhan kelas ialah sebanyak 6 kelas.
Nama asal sekolah ini ialah ―Government English School‖.Pada peringkat awal kelas
tertinggi adalah sehingga darjagh enam sahaja. Untuk menyambung pelajaran selepas
manamatkan darjah enam, pelajar-pelajar akan melanjutkan pelajaran mereka di English
College, Johor Bahru.
Peperiksaan ―Over Sea School Certoficate‖ (OSC) atau ―Federation Malay Certifi-
cate‖ (FMC) yang pertama telah dijalankan di sekolah ini pada tahun 1958 dengan calon
seramai 17 orang.
Pada tahun 1965, sekolah ini berpindah ke bangunan baru iaitu bangunan yang ada
sekarang. Pada p-eringkat awal, sekolah ini mempunyai dua blok bilik darjah, dua
makmal, dua bilik Sains Rumahtangga dan dua bilik Seni Perusahaan. Pada Tahun ini ju-
ga, pelajar sekolah menengah kebangsaan berpindah ke bangunannya sendiri iaitu
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat.
Pada tahun 1968, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Sri Perhentian. Pada ta-
hun yang sama, pelajar-pelajar Sekolah Sri Perhentian dipecahkan kepada dua bahagi-
an. Seramai 600 orang pelajar tingkatan menengah rendah dipindahkan ke Sekolah
Menengah Rendah Inggeris (SMRI) yang sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Ali Hj Ahmad. Pada tahun yang sama, bangunan blok C dibina yang
mengandungi 10 bilik darjah, dewan besar dan bangunan perpustakaan. Pada tahun
1983, bangunan blok D pula dibina yang mengandungi 8 bilik darjah dan makmal sains
tulen. Pada tahun 1996, siap pula bangunan blok E yang kini menempatkan bilik darjah,
ruang pejabat, bilik Pendidikan Seni dan bilik Komputer. Bangunan Blok F pula siap dan
mula digunakan pada tahun 2010. Sebuah dewan tertutup yang dinamakan sebagai De-
wan Pendeta siap dan mula digunakan pada tahun 2015.
..::[ 14 ]::..