Page 109 - SPANM Demo
P. 109

PENGENALAN
SPANM BIL. 7/ 2018 LAMPIRAN G: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN MELALUI PINDAHAN TELEGRAF/ TELEGRAPHIC TRANSFER (TT)
 Bayaran melalui Draf Bank dan Pindahan Telegraf (Telegraphic Transfer – TT):
1.1.1 Bayaran kepada penerima serta akaun bank luar negara; dan
1.1.2 Perbezaan untung/rugi dari kadar forex perlu dilaraskan.
Pindahan Telegraf merupakan pembayaran antarabangsa yang melibatkan pembayaran kepada penerima dan di luar negara melalui bank tempatan sebagai perantara.
Bayaran dikreditkan ke akaun penerima bayaran contohnya bayaran Yuran Persidangan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO.
PELAKSANAAN
Tatacara Permohonan
2.1.1 PTJ perlu perlu menyediakan Arahan Pembayaran seperti MPK-AP 18 Proses Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan Melalui Telegraphic Transfer/ Bank Draft.
2.1.2 PTJ hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Pindahan Telegraf (Telegraphic Transfer – TT) yang dibekalkan oleh bank bersama-sama dokumen lengkap untuk semakan AO dan kegunaan pihak bank.
2.1.3 Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
(1) Invois/Tuntutan bayaran yang tertera maklumat lengkap bank penerima seperti nama penerima, Swift kod, kod bank, mata wang yang digunakan dan lain-lain;
(2) Borang Kiriman Wang (Remittance Application Form) yang telah dilengkapkan di ruangan Butir-butir pemohon, Butir-Butir Penerima, Bank Penerima, Butiran Pembayaran, Kadar Mata wang dan nombor akaun Bayaran;
(3) Borang Akuan Pembayaran yang telah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa bagi bayaran yang melebihi RM200,000.00.
(4) Salinan Arahan Pembayaran yang telah diperaku I.
      106


















































































   107   108   109   110   111