Page 12 - SPANM Demo
P. 12

3.15 StrukturKodPerakaunan
Merujuk kepada Struktur Kod Perakaunan yang dijelaskan di dalam SPANM Bil.
7 Tahun 2017 – Struktur Kod Perakaunan.
3.16 Tandatangan Digital
Tandatangan Digital pada dokumen kewangan selaras dengan Seksyen 64, 65 dan 66 Akta Tandatangan Digital 1997 (Akta 562) melalui medium sijil digital seperti token.
3.17 Token
Token adalah pemacu mudah alih yang mengandungi cip kriptografi untuk menyimpan sijil digital dan dihubungkan kepada komputer menggunakan port Universal Serial Bus (USB) sebagai medium Tandatangan Digital.
3.18 KemudahanBayaranPukal
Kemudahan bayaran bil secara berpusat bagi sesuatu tempoh untuk tahun
kewangan semasa. Pembayaran dibuat oleh AO.
3.19 Agensi Pukal
Pembekal bekalan/ perkhidmatan yang dibayar oleh AO melalui Sistem Bayaran Pukal (SBP) tertakluk kepada Perjanjian Pukal yang berkuat kuasa.
3.20 Akaun Pukal
Akaun yang diwujudkan oleh Agensi Pukal atas permohonan PTJ melalui AO
bagi bayaran secara pukal.
3.21 Fail Pindahan Dana Elektronik - Electronic Fund Transfer (EFT)
Fail yang mengandungi maklumat berkenaan bayaran menggunakan kaedah pindahan terus ke dalam akaun bank penerima.
3.22 FailPindahanTelegraf-TelegraphicTransfer(TT)
Fail yang mengandungi maklumat berkenaan bayaran luar negeri
menggunakan kaedah pindahan terus ke dalam akaun bank penerima.
9
SPANM BIL. 7/2018













































































   10   11   12   13   14