Page 11 - SPANM Demo
P. 11

3.13 Waran
Waran adalah dokumen kewangan yang terdiri daripada Waran Am dan Waran
Peruntukan.
3.13.1 Waran Am
Merujuk kepada dokumen kewangan Waran Am (Kew. 308E(AM)) yang digunakan untuk menyelenggara peruntukan mengurus dan pembangunan di peringkat Pegawai Pengawal di paras Objek Am selaras dengan Anggaran Perbelanjaan Tahunan dan kuasa pindah peruntukan di bawah Pekeliling Perbendaharaan PB 2.5 - Pindah Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan Tahunan dan PB 2.6 - Pindah Peruntukan Perbelanjaan Mengurus
3.13.2 Waran Peruntukan
Merujuk kepada dokumen kewangan Waran Peruntukan (Kew.308E – Pin.1/2016) yang digunakan untuk menyelenggara peruntukan mengurus dan pembangunan di peringkat PTJ di paras Objek Sebagai.
3.14 Baucar
Baucar adalah dokumen kewangan yang terdiri daripada Arahan Pembayaran,
Baucar Jurnal dan Baucar Kecil.
3.14.1 Arahan Pembayaran
Merujuk kepada dokumen kewangan (Kew. 303E/ 303) yang diperakukan oleh PTJ kepada AO untuk membuat bayaran. Dokumen ini disokong dengan butir-butir penuh mengenai setiap tuntutan, pendahuluan, perolehan bekalan/ perkhidmatan atau kerja yang telah disempurnakan.
3.14.2 Baucar Jurnal
Merujuk kepada dokumen kewangan (Kew. 306E/ 306) yang disediakan
untuk melaraskan transaksi perakaunan.
3.14.3 Baucar Kecil
Merujuk kepada dokumen kewangan (Kew. 50E/ 50) yang disediakan untuk pembayaran menggunakan Panjar Wang Runcit dan Panjar Khas.
8
SPANM BIL. 7/2018
















































































   9   10   11   12   13