Page 9 - SPANM Demo
P. 9
3.5 Pusat Tanggungjawab (PTJ)
Merujuk kepada pejabat di mana Pemegang Waran Peruntukan/ Ketua Jabatan/ Pemungut telah menerima Penetapan Kuasa Dan Tugas daripada Pegawai Pengawal dan bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawal sumber kewangan di bawah seliaannya seperti peruntukan mengurus, peruntukan pembangunan, pengurusan akaun amanah dan pengurusan terimaan serta sumber-sumber lain yang berkaitan.
3.5.1 PTJ 1/ PTJ First Tier
PTJ First Tier adalah merujuk kepada PTJ yang menguruskan Waran Am di peringkat Kementerian/ Jabatan. Contoh Bahagian Kewangan Kementerian.
3.5.2 PTJ 2/ PTJ Second Tier
PTJ Second Tier adalah merujuk kepada PTJ yang menerima waran peruntukan daripada PTJ 1. Contoh bahagian-bahagian lain di Kementerian/ Jabatan.
3.5.3 PTJ 3/ PTJ Third Tier
PTJ Third Tier adalah merujuk kepada PTJ yang menerima waran peruntukan daripada PTJ Second Tier di Kementerian/ Jabatan. Contoh PTJ Third Tier adalah PTJ di Negeri/ Daerah.
3.5.4 Pusat Kos
Pusat Kos merujuk kepada unit Kumpulan PTJ & PTJ dalam baris caj yang diwujudkan bagi memperakaunkan perbelanjaan untuk tujuan pelaporan.
3.6 Pegawai Perakaunan
Setiap Pegawai Awam yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] iaitu:
3.6.1 Memungut, menerima atau mengakaun, atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaun Wang Awam; atau
3.6.2 Membelanja/ membayar atau yang sebenarnya membelanja/ membayar, apa-apa Wang Awam; atau
6
SPANM BIL. 7/2018