Page 16 - SPANM Demo
P. 16

1. PENGENALAN
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN A: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN
Garis Panduan ini menerangkan tanggungjawab PTJ dan AO dalam melaksanakan pengurusan bayaran bagi memastikan transaksi diperakaunkan dengan tepat dan betul dalam tempoh masa yang ditetapkan.
2. TANGGUNGJAWAB PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)
2.1 Selaras dengan AP 9, seorang pegawai yang ada urusan berkenaan dengan Wang Awam atau Aset Awam adalah seorang Pegawai Perakaunan dalam erti Seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957. Istilah ini hendaklah dipakai bagi Ketua Jabatan atau bagi pegawai bawahannya yang paling rendah, apabila mereka menguruskan Wang Awam atau Aset Awam, sebagaimana juga dipakai bagi Akauntan dan Pegawai Kewangan.
2.2 Selaras dengan AP 53, semua Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab melaksanakan kewajipan kewangan Kementerian/ Jabatan masing-masing dengan sempurna. Tanggungjawab tersebut adalah bagi memungut dengan sewajarnya segala Wang Awam yang patut diterima oleh atau di bawah arahan mereka, menyimpannya dengan selamat serta juga bertanggungjawab sekiranya akaun yang dikemukakan oleh mereka atau di bawah kuasa mereka didapati tidak betul. Sebarang Penetapan Kuasa dan Tugas Pegawai Pengawal kepada pegawai lain hendaklah dibuat dengan arahan bertulis. Bagaimanapun seorang Pegawai Pengawal itu secara amnya tidak terlepas dari tanggungjawabnya sendiri setelah penetapan dibuat.
2.3 PTJ hendaklah memastikan hanya pegawai yang perjawatannya diberi Penetapan Kuasa dan Tugas oleh Pegawai Pengawal di bawah AP 11 dan telah diberi Kebenaran Khusus Secara Bertulis sahaja yang dibenarkan menjalankan tugas kewangan dan perakaunan.
2.4 Tatacara Penetapan Kuasa dan Tugas oleh Pegawai Pengawal dan Kebenaran Khusus Secara Bertulis yang dibenarkan menjalankan tugas kewangan dan perakaunan tertakluk kepada pekeliling dan peraturan yang berkuat kuasa.
2.5 PTJ bertanggungjawab untuk menyemak dan mengesahkan Laporan Capaian Pengguna dan Had Kuasa Pusat Tanggungjawab yang diedarkan oleh AO bagi memastikan maklumat capaian pengguna adalah tepat dan menyenaraikan pengguna aktif sahaja.
2.6 PTJ bertanggungjawab memastikan maklumat dan peranan capaian pegawai dikemaskini/digugur apabila pegawai telah bertukar/ meletak jawatan/ bersara/ tamat perkhidmatan dan lain-lain sebab yang berkaitan.
13
























































































   14   15   16   17   18