Page 17 - SPANM Demo
P. 17
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN A: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN
2.7 Prinsip Pengasingan Tugas Hendaklah Dipatuhi
2.7.1 Pusingan tugas hendaklah dilaksanakan bagi meningkatkan tahap
integriti dan ketelusan proses bayaran;
2.7.2 Pegawai yang menjalankan tugas Peraku I dan Peraku II hendaklah terdiri daripada pegawai yang berlainan; dan
2.7.3 PTJ hendaklah memastikan Jadual Penetapan Kuasa dan Tugas Pegawai Pengawal kepada Pegawai Perakaunan di bawah kawalannya dan Jadual Kebenaran Khusus Secara Bertulis oleh Ketua Jabatan/ Pemegang Waran Peruntukan dipatuhi.
2.8 Penggunaan token hendaklah mematuhi Seksyen 43, 44 dan 45 Akta Tandatangan Digital 1997 (Akta 562) antaranya:
2.8.1 Penggunaan token perlu dikawal dan tidak disalahgunakan.
2.8.2 Penggunaan token dan ID pengguna oleh orang lain adalah dilarang; dan
2.8.3 Setiap pemilik token adalah bertanggungjawab merahsia dan menjaga kod Personal Identification Number (PIN) serta menyimpan token di tempat yang selamat.
2.8.4 Dokumen kewangan yang diperaku dengan tandatangan digital tidak perlu ditandatangani secara manual pada dokumen cetak (hardcopy).
2.9 Penggunaan ID dan kata laluan hendaklah mematuhi peraturan berikut:
2.9.1 Penggunaan ID perlu dikawal dan tidak disalahgunakan. Penggunaan ID oleh orang lain adalah dilarang;
2.9.2 Setiap pemilik ID adalah bertanggungjawab merahsia dan menjaga kata laluan dengan selamat; dan
2.9.3 Pastikan dokumen kewangan ditandatangani kecuali dokumen kewangan dicatatkan “Ini adalah cetakan komputer dan tidak perlu ditandatangani”.
2.10 Selaras dengan AP 54, PTJ bertanggungjawab memastikan peruntukan adalah mencukupi dan bayaran itu dipertanggungkan kepada Program/ Aktiviti atau Projek yang sepatutnya.
2.11 PTJbertanggungjawabmemastikanbakiAkaunAmanahadalahmencukupisebelum sesuatu bayaran dilaksanakan. Rujuk pekeliling dan peraturan yang berkuat kuasa.
14