Page 26 - SPANM Demo
P. 26
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN A: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN
4.10 Contoh dokumen sokongan untuk bayaran tuntutan perjalanan kepada Pegawai Awam adalah seperti berikut:
4.10.1 Semua tuntutan hendaklah menggunakan borang berkaitan dan disah/ diperaku oleh Ketua Jabatan atau Pegawai Yang Menyelia;
4.10.2 Salinan penyata akaun/ dokumen yang menunjukkan nombor akaun bank yang aktif (jika berkaitan);
4.10.3 Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
(1) Borang Tuntutan Perjalanan;
(2) Resit asal atau dokumen yang membuktikan bayaran;
(3) Surat panggilan / arahan untuk menjalankan tugas rasmi;
(4) Arahan/ Kelulusan Ketua Jabatan atau Pegawai Yang Menyelia bagi menjalankan tugas rasmi di luar pejabat;
(5) Kelulusan Ketua Jabatan untuk menggunakan kenderaan sendiri (sekiranya melebihi 240 km sehala);
(6) Surat kelulusan ke luar negeri (jika berkaitan);
(7) Salinan penyata akaun bank yang aktif / dokumen yang menunjukkan nombor akaun bank (bagi individu bukan pegawai di jabatan tersebut); dan
(8) Bagi individu yang sudah meninggal dunia, bayaran kepada waris hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti berikut :
(i) Salinan penyata akaun/ dokumen yang menunjukkan nombor akaun bank yang aktif; dan
(ii) Salinan sijil nikah (jika yang meninggal suami/ isteri); atau
(iii) Salinan sijil kelahiran (jika yang meninggal bapa/ ibu); dan
(iv) Salinan sijil kematian; dan
(v) Bon Ganti Rugi (Indemnity Bond) / Akuan Ganti Rugi; atau
(vi) Surat kuasa mentadbir pusaka (sekiranya jumlah melebihi
RM2,000.00).
(9) Dokumen sokongan lain (jika berkaitan)
4.11 PTJ bertanggungjawab memastikan Arahan Pembayaran disertakan dengan dokumen sokongan yang lengkap.
23