Page 87 - SPANM Demo
P. 87

SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
2.8.8 Penyata Mengenai Pendahuluan Pelbagai Yang Belum Diselesaikan
(1) PTJ hendaklah menyediakan Penyata Mengenai Kedudukan Pendahuluan Pelbagai Bagi Suku Tahun seperti di Lampiran B (PP WP 3.3)
(2) Penyata disediakan dalam empat (4) salinan dan dikemukakan kepada Bahagian Akaun, Kementerian.
(3) Bahagian Akaun Kementerian akan mengemukakan penyata kepada:
(i) Ketua Setiausaha Perbendaharaan; dan salinan kepada;
(ii) Ketua Audit Negara; dan
(iii) Akauntan Negara Malaysia.
(4) Penyata tersebut hendaklah dikemukakan setiap suku tahun seperti berikut:
 Sukuan
    Penghantaran ke Bahagian Akaun Kementerian
       Penghantaran ke Ketua Setiausaha Perbendaharaan
     Berakhir 31 Mac Berakhir 30 Jun Berakhir 30 September Berakhir 31 Disember
5 April
5 Julai 5 Oktober 5 Januari
15 April
15 Julai 15 Oktober 15 Januari
            (5) Kegagalan mengemukakan penyata tersebut akan menyebabkan permohonan Pendahuluan Pelbagai tidak dipertimbangkan.
2.8.9 Kelulusan Pendahuluan Pelbagai Bukan Satu Kelulusan Perbelanjaan
Kelulusan Pendahuluan Pelbagai merupakan kebenaran bagi pengeluaran wang tunai dari Akaun Pendahuluan Pelbagai kepada Ketua Jabatan. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas perbelanjaan berkenaan yang sepatutnya dan hendaklah mematuhi semua peraturan kewangan dan peraturan lain yang berkuat kuasa.
84














































































   85   86   87   88   89