Page 86 - SPANM Demo
P. 86
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
2.8.7 Rekod Daftar Permohonan Pendahuluan Pelbagai
(1) Ketua Jabatan hendaklah menyediakan satu Buku Daftar Permohonan Pendahuluan Pelbagai dengan mengandungi perkara-perkara berikut:
(i) Rujukan fail jabatan;
(ii) Tajuk Program/ Aktiviti;
(iii) Tarikh mula/ akhir Program/ Aktiviti;
(iv) Jumlah pendahuluan dan tarikh diluluskan;
(v) Nombor kelulusan Perbendaharaan;
(vi) Nama pegawai yang diamanahkan dengan wang pendahuluan;
(vii) Nama pegawai yang bertanggungjawab terhadap pelarasan/ penyelesaian;
(viii) Tarikh Program/ Aktiviti disempurnakan/ diselesaikan;
(ix) Tarikh penyata perbelanjaan diselesaikan;
(x) Tarikh balik/ sampai (tamat perjalanan diluluskan);
(xi) Tarikh penyata perbelanjaan dikemukakan; dan
(xii) Tarikh penyelesaian dengan butir-butir Arahan Pembayaran dan lain-lain.
(2) Rekod Daftar Pendahuluan Pelbagai hendaklah diperiksa setiap suku tahun dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan atau pegawai yang diberi kuasa secara bertulis.
(3) Dalam persekitaran elektronik, PTJ hendaklah menyemak ketepatan data di setiap laporan pendahuluan yang dijana melalui sistem.
83