Page 84 - SPANM Demo
P. 84

SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
2.8.6 Penyelesaian Dan Pelarasan Pendahuluan Pelbagai Yang Telah Diambil
(1) Pegawai yang diamanahkan untuk membelanjakan Pendahuluan Pelbagai hendaklah menyimpan dan mengemaskinikan Rekod Perbelanjaan Harian. Rekod Perbelanjaan Harian tersebut hendaklah dikemukakan kepada pegawai yang bertanggungjawab terhadap pelarasan bersama-sama dengan penyata yang lengkap tidak lewat daripada 21 hari selepas Program/ Aktiviti berkenaan disempurnakan.
(2) Pegawai yang bertanggungjawab terhadap pelarasan hendaklah membuat pelarasan Pendahuluan Pelbagai berkenaan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima penyata perbelanjaan tersebut.
(3) Pegawai hendaklah menyemak penyata perbelanjaan, rekod perbelanjaan harian dan dokumen sokongan yang berkaitan.
(4) Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memastikan Pendahuluan Pelbagai diselesaikan dan baki akaun disifarkan dalam tempoh 28 hari daripada tarikh penyempurnaan Program/ Aktiviti yang dipohon Pendahuluan Pelbagai.
(5) Pendahuluan Pelbagai hendaklah dilaraskan berdasarkan situasi berikut:
i.
Sekiranya jumlah Pendahuluan Pelbagai lebih daripada jumlah tuntutan
a. Bahagian Akaun Kementerian menyediakan Baucar Jurnal bagi melaraskan perbelanjaan yang terlibat (Rujuk MPK- LMS ELA 19); dan
      Dt
Vot Kementerian/ Jabatan Akaun Pendahuluan Pelbagai
Kod Kod Akaun Dana
E602 A0461201 atau A0461501
    Kt
    81



















































































   82   83   84   85   86