Page 83 - SPANM Demo
P. 83

SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
(9) Jika Program/ Aktiviti berkenaan telah pun bermula, permohonan Pendahuluan Pelbagai tidak akan dipertimbangkan oleh Perbendaharaan. Perbelanjaan yang telah berlaku boleh dijelaskan terus daripada Peruntukan Vot atau Akaun Amanah mengikut peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
2.8.3 Ketua Jabatan melalui Bahagian Kewangan Kementerian/ Jabatan hendaklah memaklumkan kepada Perbendaharaan secara bertulis sekiranya Pendahuluan Pelbagai yang diluluskan perlu dibatalkan. Sekiranya wang pendahuluan telah dikeluarkan, Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan pelarasan dengan kadar segera.
2.8.4 Jika Program/ Aktiviti tersebut ditangguhkan atau dipinda daripada tarikh asalnya, Ketua Jabatan melalui Bahagian Kewangan Kementerian/ Jabatan perlu memaklumkan kepada Perbendaharaan. Wang pendahuluan perlu dikembalikan dengan segera kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Perbendaharaan.
2.8.5 Pembayaran Pendahuluan Pelbagai
(1) Arahan Pembayaran bagi Pendahuluan Pelbagai hendaklah
disokong dengan dokumen berikut:
(i) Borang Permohonan Untuk Pendahuluan (Kew.106) yang telah diluluskan;
(ii) Borang Maklumat Sokongan Berhubung dengan Permohonan Pendahuluan Pelbagai; dan
(iii) Senarai terperinci anggaran perbelanjaan.
(2) Kod perakaunan yang dicaj bagi bayaran Pendahuluan Pelbagai adalah di bawah kod Amanah berikut:
A0461201 Pendahuluan Pelbagai Dalam Negeri A0461501 Pendahuluan Pelbagai Luar Negeri
(3) Catatan perakaunan bagi bayaran Pendahuluan Pelbagai adalah seperti berikut:
      Dt
Kt
Akaun Pendahuluan Pelbagai Bank/ Kod Panjar Luar Negeri
Kod Kod Akaun Dana
E602 A0461201 atau A0461501
        80
















































































   81   82   83   84   85