Page 81 - SPANM Demo
P. 81
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
2.7 Pendahuluan Diri Gaji (UGAT) Dan Pendahuluan Diri Bayaran Terlebih Emolumen (UGAT)
2.7.1 Pendahuluan ini adalah di bawah dan hanya digunakan oleh UGAT.
2.7.2 Kod perakaunan yang dicaj bagi bayaran adalah di bawah kod Amanah berikut:
A0461109 Pendahuluan Diri Gaji (UGAT)
A0461118 Pendahuluan Diri Bayaran Terlebih Emolumen (UGAT)
2.7.3 Bahagian Akaun, Kementerian Pertahanan perlu memastikan pengesahan baki dan Penyata Penyesuaian pendahuluan ini disediakan secara bulanan.
2.7.4 Bahagian Akaun, Kementerian Pertahanan adalah bertanggungjawab untuk memastikan senarai subsidiari yang lengkap dan kemaskini diselenggara dan dikemukakan kepada BPOPA, JANM mengikut tarikh yang ditetapkan.
2.8 Pendahuluan Pelbagai (A0461201/ A0461501)
2.8.1 Pengenalan
(1) Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan PP WP 3.3 Tatacara dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai.
(2) Pendahuluan Pelbagai Dalam Negeri (A0461201) dan Pendahuluan Pelbagai Luar Negeri (A0461501) adalah wang yang dikeluarkan daripada Akaun Pendahuluan Pelbagai kepada Ketua Jabatan atau pegawai yang diberi kuasa sahaja yang memerlukan wang tunai untuk membiayai perbelanjaan program/ aktiviti yang telah diluluskan dalam belanjawan tahunan semasa.
2.8.2 Syarat-syarat Permohonan
(1) Permohonan Pendahuluan Pelbagai hendaklah dikemukakan ke Bahagian Kewangan Kementerian bagi mendapatkan kelulusan seperti berikut:
Kelulusan
Perbendaharaan
Melebihi RM20,000.00
Pegawai Pengawal
Amaun sehingga RM20,000.00 bagi setiap program/ aktiviti dan tidak boleh dipecah kecil
78
Amaun Permohonan Pendahuluan Pelbagai