Page 80 - SPANM Demo
P. 80
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
(v) Pelarasan hendaklah dibuat setiap tahun sehingga baki pendahuluan tersebut selesai.
(vi) Pastikan pendahuluan berbaki sifar setelah pelarasan dibuat.
(vii) Tatacara ini hendaklah dilakukan sehingga pendahuluan tersebut selesai.
2.6.4 PTJ bertanggungjawab menyelenggara Daftar Pendahuluan Diri yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:
(1) Rujukan Fail Jabatan;
(2) Nama pegawai yang memohon;
(3) No. Rujukan Kontrak Sewaan;
(4) Tarikh diluluskan;
(5) Amaun Pendahuluan Diri;
(6) Tarikh mula sewaan;
(7) Tarikh tamat sewaan;
(8) Tarikh dan nombor rujukan Resit Rasmi, Arahan Pembayaran atau Baucar Jurnal;
(9) Baki pendahuluan belum selesai;
(10) Catatan;dan
(11) Jenis sewaan (rumah kediaman/ canseri).
2.6.5 Dalam persekitaran elektronik, PTJ hendaklah menyemak ketepatan data di setiap laporan pendahuluan yang dijana melalui sistem.
2.6.6 Bahagian Akaun, Kementerian yang mempunyai PTJ di luar negeri perlu memastikan pengesahan baki dan Penyata Penyesuaian untuk pendahuluan ini disediakan secara bulanan.
2.6.7 Bahagian Akaun, Kementerian yang mempunyai PTJ di luar negeri adalah bertanggungjawab untuk memastikan senarai subsidiari yang lengkap dan kemaskini diselenggara dan dikemukakan kepada BPOPA, JANM mengikut tarikh yang ditetapkan.
77