Page 2 - Surat Peringatan Penempatan LDL 218 di KD PELANDOK
P. 2
TERHAD
(1) Buku Lakar ditandatangani pada setiap bulan oleh Ketua
Fakulti/Ketua Jabatan.
(2) Buku Lakar ditandatangani pada setiap minggu oleh Pegawai
Bahagian dan Bintara Bahagian.
(3) Setiap latihan berpandukan BTT direkodkan di dalam Buku Lakar
serta dinilai dan disahkan oleh Penyelia Latihan mengikut kepakaran.
d. LDL tidak dibenarkan berkahwin semasa menjalani LSK 1.
e. Memastikan moral dan semangat LDL sentiasa ditahap yang baik serta
mengelakkan sebarang aspek penderaan fizikal atau mental.
f. Mengatasi masalah anggota yang tidak menunjukkan minat terhadap
latihan dengan mengadakan sesi kaunseling bagi mengubah sikap LDL terlibat
dan seterusnya memberi peluang kepada LDL untuk terus menjalani LSK 1.
Jika LDL tersebut masih tidak menunjukkan minat, Fakulti/Jabatan boleh
memajukan Laporan Prestasi LDL kepada JPL untuk tindakan selanjutnya.
5. Segala permasalahan terutamanya yang melibatkan kes kebajikan dan disiplin
LDL adalah di bawah tanggungjawab Fakulti/Jabatan penempatan LSK dan JPL perlu
dimaklumkan. Sekiranya LDL melakukan sebarang kesalahan tatatertib,
Fakulti/Jabatan dikehendaki mengambil tindakan sama seperti anggota TLDM yang
lain. Fakulti/Jabatan dikehendaki melaksanakan sistem bahagian kepada LDL.
6. Kerjasama Pegawai dan Bintara Fakulti/Jabatan yang terlibat diperlukan untuk
memastikan kesemua LDL mencapai tahap kompetensi yang diperlukan mengikut
masa yang ditetapkan.
7. Sekian untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.
16 Apr 20
MOHAMAD NOR BIN OTHMAN
Kdr TLDM
Ketua Jabatan Pengurusan Latihan
Kembaran:
A. Senarai Nama dan Penempatan Laskar Dalam Latihan Fasa Pertama (LSK 1)
218/18 Cawangan Bekalan dan Urus Setia.
2
TERHAD