Page 32 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 32
∞ ∞ ∞
Sahabat,
Saya dulu seperti tukang batu yang sibuk kesana kemari mencari
kebahagiaan. Setelah 8 tahun bekerja makan gaji saya berhenti kerja.
Berhenti kerja dan mula kehidupan baru sebagai usahawan. Dari satu
bisnes ke satu bisnes saya cuba dengan harapan ia akan
membahagiakan saya.
Kejayaan demi kejayaan yang membahagiakan hadir, namun
kebahagiaan yang hadir hanya sebentar sahaja, kemudian saya mula
mencari kebahagiaan dan kejayaan yang lain pula.
Akhirnya saya penat berlari dan terus mencari.
Akhirnya saya menyedari bahawa kebahagiaan bukanlah dengan
sentiasa mendapat hal-hal yang baru dan hebat tetapi kebahagiaan
ialah dengan sentiasa menyedari nikmat dan mensyukuri apa yang
ada di saat ini. Dan ketika saya fokus pada hal-hal yang ada yang saya
boleh syukuri di saat ini, ketika itulah kebahagiaan hadir walau
dengan hal-hal yang kecil.
15