Page 88 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 88

Jika kau masih mahu aku kembali padamu, ikatkanlah sehelai riben

         kuning bagiku, pada satu-satunya pohon beringin yang berada di


         pusat bandar. Apabila aku melaluinya dan tidak menemukan sehelai

         riben kuning, tidak apa-apa. Aku akan tahu dan mengerti. Aku tidak


         akan turun dari bas, dan akan terus menuju Miami. Dan aku berjanji

         aku tidak akan pernah lagi mengganggu engkau dan anak-anak

         seumur hidupku.”





         Akhirnya hari pelepasannya pun tiba.





         Dia sangat gelisah. Dia tidak menerima surat balasan dari isterinya.

         Dia tidak tahu apakah isterinya menerima suratnya atau sekalipun dia


         membaca suratnya, apakah dia mahu memaafkannya? Dia naik bas

         menuju Miami, Florida, yang melewati kampung halamannya, White

         Oak. Dia merasa sangat sangat gemuruh. Seisi bas mendengar


         ceritanya, dan mereka meminta kepada pemandu bas itu,“Tolong,

         ketika melalui bandar White Oak, jalan perlahan-lahan… kita mesti

         lihat apa yang akan terjadi…”





         Hatinya berdebar-debar saat bas mendekati pusat bandar White Oak.


         Dia tidak berani mengangkat kepalanya. Keringat dingin mengalir

         deras.



















                                                           71
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93