Page 2 - BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 51 MSSD 2019
P. 2
KATA-KATA ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT
ACARA REKOD PEMENANG TAHUN
Assalamualaikum Warahmatullahi Warabarakatuh,
Salam Sejahtera,
Salam 1Malaysia.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua
kata dalam buku program ini.
Kejohanan Olahraga ini seharusnya diberi perhatian oleh semua sekolah kerana di sinilah akan
lahirnya atlet-atlet yang cemerlang dalam bidang sukan. Seterusnya, kita akan dapat menggilap
bakat-bakat baharu yang akan menaikkan nama Daerah Kuala Langat dalam pertandingan MSSD.
Sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi dan riadah, bahkan telah menjadi satu gaya
hidup sihat dan merupakan pelaburan terhadap kesihatan dan ekonomi yang menguntungkan.
Dalam konteks sekolah, semua murid amat bertuah kerana pihak sekolah sentiasa memberi
galakan dan dorongan yang berterusan serta memberi peluang yang seluas-luasnya kepada
pelajar untuk bergiat dalam bidang sukan sesuai dengan dasar 1Murid 1Sukan.
Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan olahraga cukup penting
kepada rakyat dan negara, khusunya generasi anak bangsa pewaris nusa yang tercinta. Selain
dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan
murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan
sekali gus mengeratkan tali silaturahim dan muhibah.
Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha kerajaan kita untuk
membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang telah memberikan kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
kejohanan ini. Semoga prestasi Daerah Kuala Langat akan terus meningkat dalam pertandingan
peringkat negeri nanti.
Sekian, terima kasih.
PUAN MAIMUNAH BINTI MUSTAFFA
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT
2 35