Page 3 - BUKU PROGRAM MAKP 2018_Neat
P. 3
Kata Aluan Tuan Pengetua
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdulilah syukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat menjayakan
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Seri Nibong bagi memberi pengiktirafan
kepada para pelajar yang memperoleh kecemerlangan khususnya dalam bidang kurikulum
sepanjang tahun 2018.
Sesungguhnya Majlis Anugerah Kecemerlangan memiliki signifikan yang tersendiri
kepada seluruh warga SMK Seri Nibong dan saya percaya majlis seumpana ini dapat
meningkatkan semangat warga sekolah untuk mencatatkan kejayaan yang lebih
membanggakan dalam semua bidang yang diceburi serta mampu melahirkan bakat
kepimpinan yang baik serta sahsiah yang terpuji dalam kalangan para pelajar.
Pada hari ini, kita perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan dalam sistem
pendidikan. Proses pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada akses pengetahuan semata-
mata, bahkan lebih menjurus kepada proses persediaan menghadapi cabaran berbeza pada
masa hadapan. Sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025, salah
satu teras utamanya ialah menjana modal insan minda kelas pertama. Maka, SMK Seri
Nibong tidak terkecuali daripada menyediakan peluang pembelajaran yang berkualiti,
supaya pada akhirnya, pelajar yang menerima pendidikan di sini dapat menyumbang
tenaga atau idea kepada bangsa, agama dan negara.
Akhir kata, sekalung tahniah ditujukan khas kepada penerima hadiah, teruskan
kecemerlangan anda. Ucapan terima kasih kepada barisan AJK Majlis Anugerah
Kecemerlangan 2018 yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Ucapan terima kasih
juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung
dari segi material, tenaga, idea bernas dan sokongan moral dalam menjayakan majlis ini.
Sekian, terima kasih.
"BERILMU BERETIKA BERAMAL"