Page 3 - BUKU PROG MAKP 2018 4
P. 3

Kata Aluan Tuan Pengetua


















             Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
             Alhamdulilah syukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat menjayakan Majlis

             Anugerah    Kecemerlangan  Pelajar  SMK  Seri  Nibong  bagi  memberi  pengiktirafan    kepada  para
             pelajar yang memperoleh kecemerlangan khususnya dalam bidang kurikulum     sepanjang tahun
             2018.

                   Sesungguhnya  Majlis  Anugerah  Kecemerlangan  memiliki  signifikan  yang  tersendiri  kepada
             seluruh  warga  SMK  Seri  Nibong  dan  saya  percaya  majlis  seumpana  ini  dapat  meningkatkan
             semangat warga sekolah untuk mencatatkan kejayaan yang lebih            membanggakan dalam
             semua bidang yang diceburi serta mampu melahirkan bakat    kepimpinan yang baik serta sahsiah

             yang terpuji dalam kalangan para pelajar.

                   Pada hari ini, kita perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan dalam sistem  pendidikan.
             Proses pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada akses  pengetahuan semata-mata, bahkan lebih
             menjurus  kepada  proses  persediaan  menghadapi  cabaran  berbeza  pada  masa  hadapan.  Sejajar
             dengan  Pelan  Induk  Pembangunan  Pendidikan  2013  -  2025,  salah  satu  teras  utamanya  ialah
             menjana modal insan minda kelas pertama. Maka, SMK Seri   Nibong tidak terkecuali   daripada
             menyediakan  peluang  pembelajaran  yang  berkualiti,  supaya  pada              akhirnya,  pelajar  yang

             menerima  pendidikan  di  sini  dapat  menyumbang  tenaga  atau  idea  kepada  bangsa,  agama  dan
             negara.

                   Akhir  kata,  sekalung  tahniah  ditujukan  khas  kepada  penerima  hadiah,        teruskan
             kecemerlangan anda. Ucapan terima kasih kepada barisan AJK Majlis Anugerah       Kecemerlangan
             2018  yang  bertungkus-lumus  menjayakan  majlis  ini.  Ucapan terima  kasih  juga ditujukan  kepada
             semua pihak yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dari segi material, tenaga, idea
             bernas dan sokongan moral dalam menjayakan majlis ini.  Sekian, terima kasih.


                                             "BERILMU  BERETIKA  BERAMAL"
   1   2   3   4   5   6   7   8