Page 3 - LAPORAN AKTIVITI DAN DATA e-PELAPORAN PROGRAM j-QAF PETALING PERDANA 2018
P. 3
Idea asal Program j-QAF dicetuskan oleh Tun Abdullah bin Ahmad Badawi,
Mantan Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa
lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003.
Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004 : Pelaksanaan Program j-QAF di
Sekolah Rendah secara rasmi Program j-QAF telah dilaksanakan bermula tahun
2005. Sebagai permulaan sebanyak 129 buah sekolah telah melaksanakan
program ini. Sehingga kini sebanyak 604 buah sekolah yang mempunyai murid
Islam terdiri dari sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan telah
melaksanakan program ini.
Pelaksanaan Program j-QAF dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, adalah selari dengan anjakan ketiga iaitu melahirkan rakyat Malaysia
dengan penghayatan nilai dan juga aspirasi murid iaitu Etika dan Kerohanian.
Semua murid Islam Tahun Enam sekolah rendah akan dapat;
a. Menguasai bacaan dan khatam al-Quran;
b. Menguasai bacaan dan tulisan jawi;
c. Menguasai kemahiran asas Bahasa Arab; dan
d. Menguasai wuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan
dan perbuatan.