Page 4 - PANDUAN PENGURUSAN SISTEM e-PELAPORAN PROGRAM j-QAF
P. 4

PANDUAN PENGURUSAN SISTEM e-PELAPORAN PROGRAM j-QAF V2019            3




               1.  PENGENALAN SISTEM

                      Sistem  e-Pelaporan    Program  j-QAF  merupakan  evolusi  penambahbaikan
               Sistem  e-Pelaporan  Program  j-QAF  yang  telah  digunakan  untuk  menganalisis
               pencapaian model-model Program j-QAF sejak tahun 2007 hingga 2018.
                      Sistem  yang  baru  ini  mempunyai  pelbagai  fungsi  yang  disepadukan  dalam
               satu sistem seperti berikut :
                   a)  Pangkalan data Program j-QAF merangkumi murid, kelas dan sekolah.
                   b)  Menganalisis  pencapaian  model-model  Program  j-QAF  Aliran  Perdana  dan
                      Pendidikan Khas.
                   c)  Pelaporan Pelaksanaan Pemantauan Program j-QAF peringkat daerah, negeri

                      dan kebangsaan.
                   d)  Pelaporan Program Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) Sekolah Rendah.

                      Sistem  ini  dibangunkan  oleh  barisan  Guru  Pendidikan  Islam  dan  Guru  j-QAF
               menggunakan  platform  Microsoft  Access  2007  dengan  mengambil  kira  keperluan
               pengguna di semua peringkat; Sekolah, PPD, JPN dan KPM.

               2.  FORMAT PENGISIAN DATA SISTEM e-PELAPORAN




                                                                                                SK
                   PERKARA          SK PERDANA             SJK          KELAS PPKI        PENDIDIKAN
                                                                                              KHAS

                  AL-QURAN                √                 √                √                  √


                     JAWI                 √                 √               ×*                  √


                BAHASA ARAB               √                ×                ×*                  ×


                 KBS WUDUK                √                 √                √                  √

                  KBS SOLAT               √                 √                √                  √
                 (PELAKUAN)
                  KBS SOLAT               √                 √                √                  √
                  (BACAAN)

                     PAFA                 √                 √               ×*                  √


               * kecuali murid Inklusif Penuh perlu dinilai seperti murid kelas Perdana.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9