Page 126 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 126
SK BANDAR BARU
DASAR UNIT HEM PUTERA, IPOH
DASAR UNIT HEM:-
Guru Kelas
● Kedudukan meja dan kerusi dalam kelas disusun mengikut DASAR KELAS ABAD KE 21
● Papan maklumat didalam kelas hendaklah mempunyai :
a. Carta Organisasi Kelas
b. Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran
c. Senarai Nama Guru Mata pelajaran
d. Jadual Bertugas Harian Murid
e. Senarai Nama Murid
f. Kalendar Tahun Semasa
● Mengambil kedatangan murid awal pagi dan buku kedatangan murid hantar ke pejabat
sebelum pukul 9.30 pagi.
● Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) tidak boleh dibawa balik.
● Jika sekiranya guru kelas tidak hadir / berkursus maka guru matapelajaran pertama yang
masuk kekelas harus mengambil kedatangan, mengisi slip murid tidak hadir dan dihantar ke
pejabat dengan segera. Buku BJKM diurus oleh guru kelas kedua.
● Buku Jadual Kedatangan Murid perlu lengkap
a. Nama penuh, mengikut susunan abjad
b. Nama dan alamat lengkap ibubapa / penjaga
c. Analisis kehadiran ditulis pada setiap hujung bulan
d. Tulisan kemas / dakwat hitam / tidak di ‘liquid’
e. Menutup kehadiran murid setiap hujung bulan dan menepati masa
● Memastikan setiap murid telah mendapat buku SPBT
● Bilik darjah perlu sentiasa bersih, selamat dan kemas.
● Memastikan tiada murid di dalam kelas selepas waktu persekolahan.
● Fail peribadi murid hendaklah disimpan didalam bilik pejabat setelas selesai dikemaskini dan
lengkap
a. Maklumat murid
b. Maklumat ibubapa / penjaga
c. Buku rekod kesihatan yang lengkap
d. Kad gigi yang lengkap
e. Salinan keputusan PBS
f. Salinan PAJSK, SEGAK dan Psikometrik bagi murid tahap 2
Guru Matapelajaran
● Memastikan semua murid berada di dalam sewaktu pembelajaran dan pengajaran dijalankan.
● Membenarkan hanya 2 orang murid sahaja keluar pada 1 waktu.
● Perlu mendengar aduan murid jikasekiranya ada aduan mengambil tindakan yang sewajar
nya untuk kes-kes yang ringan sahaja, jika sekiranya kes sederhana atau berat rujuk kepada
Guru Disiplin.
● Memastikan murid beratur dan bergerak sebelum rehat, selepas rehat dan semasa bergerak
kebilik-bilik khas.
● Murid membersihkan kelas 5 minit sebelum balik, murid TIDAK DIBENARKAN
MEMBERSIH KELAS SELEPAS WAKTU SEKOLAH.
91