Page 2 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 2

DARI MEJA GURU BESAR

                       Assalamualaikum w,b dan Selamat Sejahtera,
                       Semua Guru dan  Staf Sokongan.

                              Selamat menjalankan tugas seiring dengan Era Pelan Pembangunan Pendidikan Gelombang kedua
                       pada  2019  dan  terus  “Bergerak  Menuju  Wawasan”.  Bersyukur  kita  kepada  Allah  S.W.T  kerana  masih
                       diberikan kekuatan dan kesihatan.   Sesungguhnya dengan kekuatan dan kemahiran guru – guru serta staf
                       sokongan  SKBBP  ini,  diharapkan  dapat  menyumbangkan  khidmat  yang  terbaik  sepanjang  tahun  2019
                       sesuai dengan modul pengurusan, guru dan murid serta sistem online yang lebih mencabar. Semoga tuan
                       dan  puan  terus  memberikan  perkhidmatan    yang    cemerlang  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  bagi
                       meningkatkan prestasi pencapaian melalui pengajaran kualiti “time’ yang berkesan dalam arus Abad 21.

                              Perhatian  kepada  semua  warga  sekolah  untuk  berusaha  meningkatkan  peratus  pencapaian  yang
                       lebih baik dalam UPSR 2019 berdasarkan pencapaian 2018. Penggunaan 100% e-RPH melalui penggunaan
                       gajet  teknologi  “FROG  VLE’.  Impian  Pengajarah  Pelajaran  melalui  slogan  PERAK  EXCELENT
                       SEPATUTNYA  DIREALISASIKAN  dengan  penuh  rasa  tanggungjawab  yang  padu  dan  jitu  ke  arah
                       kejayaannya. Segala perubahan dan cabaran dengan penuh rasa tanggungjawab yang padu ke arah kejayaan
                       KSSR.    Sikap  positif  dan  kewibawaan  semua  warga  sekolah    pastinya  dapat  melaksanakan  semua
                       perancangan  strategik,  hasrat  KPM,  visi  dan  misi  JPN  dan  PPD  berasaskan  Falsafah  Pendidikan
                       Kebangsaan. Justeru itu setiap  warga guru   wajar  melaksanakan tugasan berpandukan tonggak 12 belas
                       bagi mencapai hala tuju sekolah berkualiti dan pendidikan bertaraf global.

                              Saya  berharap,  Buku  Panduan  Senarai  Tugas  dan    Takwim  2019  ini,  dapat  memenuhi
                       tanggungjawab dan kebolehpercayaan yang diamanahkan kepada semua guru dan staf sekolah.  Semoga
                       tuan  puan  terus  menerajui  Teras  Perkhidmatan  Cemerlang  berasaskan  Visi,  Misi  Kementerian
                       Pendidikan  dan  Piagam  Sekolah.    Harapan  saya  sekolah  ini  terus  melahirkan  golongan  pelajar  yang
                       bermotivasi kendiri dan mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum serta mempunyai
                       nilai sahsiah yang terpuji.

                              Di samping itu, guru – guru dan staf sokongan juga terus inovatif dan kreatif, komited dan bekerja
                       bersungguh  –  sungguh  dalam  suasana  sekolah  yang  kondusif.  Semoga  kita  dapat  meraih  pelbagai
                       kemenangan dalam semua pertandingan di peringkat zon, daerah Kinta utara dan negeri sepanjang tahun
                       2019.  Amalan profesionalisme keguruan, sikap budaya mesra, harmoni dan bekerja sepasukan pasti dapat
                       melahirkan guru dan staf yang mantap untuk melaksanakan pemuafakatan kejayaan sekolah ini. Dengan
                       kepelbagaian  kejayaan  SKBBP,  kita  sewajarnya  berganding  bahu  ke  arah  kecemerlangan  kualiti  dan
                       kuantiti  semua  program  bagi  memantapkan  kecemerlangan  SKBBP.    Harapan  kepada  semua  warga  SK
                       Bandar  Baru  Putera,  teruslah  berdaya  saing,  berfikir  dan  bertindak  secara  positif,  bersedia  menerima
                       perubahan, kreatif dan bersemangat waja. Saya percaya kemahiran istimewa yang telah dikurniakan Allah
                       swt dan komitmen semua pihak, serta kepakaran tuan / puan pasti akan menghasilkan kejayaan sekolah ini
                       dalam  semua  bidang.  Jauhilah  sikap  negatif  yang  membawa  perpecahan  dan  kegagalan.  Bertugaslah
                       dengan penuh keikhlasan. Semoga hari ini dan seterusnya lebih baik dari semalam. InsyaAllah.

                                  IF YOU FAIL, NEVER GIVE UP BECAUSE F.A.I.L MEANS ” first attempt in learning”
                                                          quotes by a.p.j. abdul kalam

                                                     Sederap seiring ke arah kecemerlangan.


                       EN. ZUL  AZHAR BIN RAMLEE







                                                                                                   I | P a g e
   1   2   3   4   5   6   7