Page 92 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 92
50.8.2 Menyedia dan menyelaras rekod bimbingan dan kaunseling murid dan memberi laporan
kepada Guru Besar
50.8.3 Membimbing murid-murid supaya terhindar daripada perbuatan yang menyalahi
peraturan sekolah seperti tidak berdisiplin, penyalahgunaan dadah dan tidak bermoral
50.8.4 Membimbing murid dalam kes - kes membaiki dan memulih atau mengorientasikan
murid yang bermasalah peribadi yang serius dalam hal-hal pelajaran, social serta
menerangkan tentang kerjaya yang sesuai
50.8.5 Memberi khidmat kaunseling khusus kepada murid-murid yang amat memerlukan
50.8.6 Memberi perkhidmatan penyuburan dan pengkayaan seboleh-bolehnya meliputi semua
aspek perkembangan murid-murid dengan menyediakan peluang peluang, kemudahan -
kemudahan dan pengalaman yang sesuai dengan kemampuan dan potensi diri murid
50.8.7 Tugas - tugas lain yang diarah oleh Guru Besar
50.9 JAWATANKUASA KESIHATAN / RAWATAN
50.9.1 Mengurus kemudahan rawatan untuk murid - murid
50.9.2 Memastikan program murid berjalan selaras dengan yang diperlukan dalam kad RKS1
dan rekod pemarkahan
50.10 JAWATANKUASA REKOD MURID
50.10.1 Menulis dan mengemaskini rekod pendaftaran murid dalam buku rekod sekolah
50.10.2 Menulis nama murid-murid baru masuk ke sekolah ke dalam buku rekod sekolah
50.10.3 Mengemaskini rekod murid bertukar keluar dari sekolah
50.11 JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )
50.11.1 Mengenalpasti murid - murid yang layak diberi bantuan RMT dari guru kelas masing –
masing
50.11.2 Menyedia borang RMT
50.11.3 Menyedia dan mempastikan borang RMT ditanda setiap hari RMT dibekalkan kepada
murid
50.11.4 Mengawasi dan membantu guru kelas dalam pembahagian RMT
50.11.5 Menyimpan stok bagi semua bahan yang digunakan dalam melaksanakan program RMT
50.12 JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH
50.12.1 Mengawal jenis makanan yang dijual di sekolah
50.12.2 Mengawal kebersihan dan peraturan-peraturan pengurusan kantin dijalankan dengan
teratur
50.12.3 Memastikan keadaan di kantin sesuai dan selesa
50.12.4 Mengadakan perbincangan dengan pengusaha kantin tentang usaha penambahbaikan
servis
50.12.5 Membuat laporan kepada GB jika berlaku unsur-unsur pelanggaran perjanjian kantin
oleh pihak pengusaha
50.13 JAWATANKUASA KECERIAAN DAN KECANTIKAN SEKOLAH
50.13.1 Memilih tapak, menentukan bentuk dan perbelanjaan yang sesuai untuk sesuatu projek
yang hendak dilaksanakan
50.13.2 Menanam berbagai jenis tanaman yang sesuai
62 | P a g e