Page 2 - Manual Penggunaan SKuBMATE
P. 2
SKuBMATE – Susun Kad untuk Belajar MATEmatik
SKuBMATE membantu kepada perkembangan murid secara holistik dan
mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid. Kajian ini disokong oleh
teori kecergasan perlbagai dan teori konstruktivisme Vygotsky, Zon Perkembangan
Proksimal (ZPD). SKuBMATE menggalakkan pembelajaran secara didik hibur,
pembelajaran secara koperatif dan PdPc berlaku secara aktif, bermakna dan berkualiti.
SKuBMATE terdiri daripada set kad soalan dan jawapan yang boleh dimainkan secara
berkumpulan atau individu dan mempunyai nilai tambah yang menggabungkan teknologi
digital iaitu QR Code. Ia juga menyokong pembelajaran abad 21, kaedah PdPc yang
pelbagai, pengurusan kelas yang lebih fleksibel, senang dilaksanakan, menjimatkan
ruang dan senang disimpan.
Syarat permainan SKuBMATE
Boleh dimainkan di dalam kumpulan kecil atau pun secara individu.
Boleh dimainkan di bawah pemantauan guru atau pun secara kendiri.
Boleh dimainkan di mana-mana sahaja sama ada di dalam kelas, di luar kelas
mahupun di rumah.
Murid boleh menggunakan papan putih yang disediakan untuk mengira.
Pemenang adalah kumpulan paling awal yang berjaya menyelesaikan semua soalan
dengan menggunakan semua kad.
Murid dan guru boleh menyemak jawapan setiap set soalan dengan mengimbas kod
QR pada kotak.