Page 19 - Buku Aturcara Kapas Baru
P. 19
9. PERALATAN
9.1 Semua peralatan bulu tangkis, bola jaring, bola tampar dan padang/ gelanggang
akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan mengikut spesifikasi yang
dibenarkan.
9.2 Peralatan yang tidak disediakan oleh pihak urus setia ialah alatan petanque,
peralatan golf, peralatan memanah dan peralatan memancing.
10. PENGADIL KEJOHANAN
10.1 Pengadil kejohanan akan disediakan oleh Jawatankuasa pengelola KAPAS 2020.
11. SISTEM PERTANDINGAN
11.1 Sistem pertandingan bagi semua acara sukan akan dijalankan secara Liga pada
pusingan awal dan Kalah Mati untuk pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir
kecuali acara tenpin boling, memancing dan golf.
11.2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak dalam kumpulan akan dikira sebagai Jo-
han, Kedua terbanyak menjadi Naib Johan dan seterusnya.
12. UNDIAN DAN JADUAL PERTANDINGAN
12.1 Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal pada tarikh yang akan di-
maklumkan dan setiap kontinjen/pasukan diminta menghantar wakil pada tarikh
tersebut. Jika tiada wakil daripada kontinjen /pasukan berkenaan yang hadir, undi-
an akan diwakilkan kepada urus setia kejohanan.
12.2 Jadual akan dikeluarkan selepas Undian Rasmi diadakan dan akan dihantar me-
lalui aplikasi whatsapp kepada ketua kontinjen. Jadual juga boleh diambil di
sekretariat kejohanan.
13. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
13.1 Taklimat pengurus pasukan bagi semua acara sukan akan diadakan sebelum kejo-
hanan berlangsung pada tarikh yang ditetapkan seperti di dalam peraturan per-
mainan sukan masing-masing.
14. MENARIK DIRI ATAU MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA
14.1 Sekiranya sesebuah pasukan atau kontinjen menarik diri atau memberi keme-
nangan percuma dengan sengaja maka semua keputusan perlawanan yang telah
dimainkan oleh pasukan tersebut akan dibatalkan dan tidak dibenarkan menerus-
kan pertandingan.
14.2 Penarikan diri bagi Acara Individu dan beregu atas nasihat doktor
kerana kecederaan adalah dibenarkan. 18