Page 3 - Buku Aturcara Kapas Baru
P. 3

Seuntai Kata




                   Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

                   Bismillahirrahmanirrahim

                   Alhamdulillah,  setinggi-tinggi  kesyukuran  ke  hadrat  Allah  Ta’ala kerana  dengan  limpah  rahmat,
                   kurnia  dan  izin-Nya  kita  dapat  bersama-sama  menjayakan  Karnival  Permainan  Antara  Staf
                   (KAPAS) 2020 di IPG Kampus Pendidikan Islam. Syukur kerana kita masih diberikan kesihatan
                   dan  kesejahteraan  untuk  melaksanakan  menjalankan  aktiviti  sukan  yang  dipertandingkan  dalam
                   karnival ini.

                   Tahniah  kepada  IPG  KPI  kerana  menggalas  tanggungjawab  menjadi  tuan  rumah  bagi  Karnival
                   Permainan Antara Staf (KAPAS) bagi tahun 2020 ini yang bertema Silaturrahim Melalui Sukan.
                   Saya juga ingin merakamkan sekalung penghargaan dan tahniah atas usaha yang dicurahkan oleh
                   semua pihak bagi menjayakan KAPAS kali ini. Semestinya penganjuran kejohanan ini menuntut
                   komitmen tinggi bagi memastikan kelancaran sepanjang karnival ini.
                   Pegawai dan atlet dari 27  kontinjen IPGK, ELTC dan IPGM yang bersaing dalam 11 acara sukan
                   KAPAS seperti Boling, Petanque, Memanah, Frisbee, Bola Jaring, Bola Tampar, Futsal, Memanc-
                   ing, Golf, Road Relay dan Badminton.
                   Karnival seperti ini merupakan wadah untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan pensyarah
                   dan staf IPG. Pendedahan seperti ini perlu dilaksanakan berterusan supaya impaknya nanti dikecapi
                   dan seterusnya dapat meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan serta melahirkan warga yang
                   berpotensi dan hebat.
                   Program yang dianjurkan bukan sahaja menguji kekuatan mental dan fizikal, malah dapat memupuk
                   sifat kerjasama, selari dan berjalan seiring dengan usaha kita memartabatkan IPG sebagai sebuah
                   Institusi  Pendidikan  yang  memperjuangkan  pembangunan  dan  kesejahteraan  pensyarah  dan  staf
                   secara menyeluruh.
                   Selaras dengan hasrat dan tujuan penganjuran KAPAS ini bagi mengeratkan silaturrahim sesama
                   warga  IPG,  diharap  agar  kita  semua  dapat  menyokong  program-program  sukan  yang  dirancang
                   pada masa hadapan dan gunakanlah juga kesempatan ini untuk berkenal-kenalan dan mengeratkan
                   hubungan.  Hal  ini  penting  ke  arah  memastikan  kerjasama  sesama  kita  terus  erat,  kukuh  dan
                   berpanjangan.


                   Sekian  sahaja,  saya  sudahi  dengan  wabillahhi  taufik  wal  hidayah,wassallammu  alaikum
                   warahmatullah.

                   DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD                                      2
   1   2   3   4   5   6   7   8