Page 22 - Laporan Amali
P. 22

Pendawaian  elektrik  mestilah  dibumikan  bagi  menyediakan  perlindungan  kepada

                     pengguna daripada bahaya renjatan elektrik akibat kebocoran arus elektrik ke bumi dengan
                     menyediakan laluan berintangan rendah ke bumi. Komponen utama pendawaian (yang tidak
                     membawa arus, seperti pembuluh logam), rangka bumbung yang diperbuat daripada logam

                     serta  peralatan  elektrik  (terutamanya  yang  menggunakan  motor  elektrik  serta  unsur
                     pemanas) adalah antara komponen yang wajib dibumikan. Tujuan pembumian dilakukan
                     pada  pemasangan  elektrik  adalah  untuk  mengekalkan  keupayaan  system  pendawaian
                     supaya sentiasa berada dalam keupayaan yang sama dengan bumi (0 V). Selain itu, Untuk
                     membolehkan arus mengalir kebumi sekiranya berlaku kerosakan pada sistem pendawaian.



                            Terdapat  tiga  bentuk  perlindungan  yang  disediakan  pada  unit  pengguna  dalam
                     sistem pendawaian elektrik daripada bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti litar

                     pintas, kilat, arus berlebihan ataupun kebocoran arus elektrik, iaitu suis utama, pemutus litar
                     bocor  ke  bumi  (ELCB)  dan  Pemutus  Litar  Miniatur  atau  pemutus  litar  kecil  (MCB).  Suis
                     utama bertindak bagi melindungi arus yang berlebihan. Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB)
                     bertindak bagi memutuskan litar jika berlaku kebocoran arus elektrik ke bumi. Pemutus Litar

                     Miniatur atau pemutus litar kecil (MCB) bertindak bagi memutuskan litar sekiranya berlaku
                     lebihan arus elektrik. Sebagai tambahan, peralatan elektrik yang menggunakan piawaian
                     BS  1363  iaitu  melalui  plag  piawaian  13  ampere  turut  dilindungi  fius  13  A  sebagai
                     perlindungan tambahan daripada lebihan arus elektrik.



                     KESIMPULAN


                            Pendawaian  elektrik  dengan  menggunakan  teknik  dan  kaedah  pendawaian  yang
                     betul amat penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan disebabkan oleh litar pintas.
                     Aspek keselamatan perlu diberi keutamaan semasa melakukan pendawaian elektrik.
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26