Page 3 - Laporan Amali
P. 3

TAJUK

                     Mengkaji litar elektrik



                     TUJUAN

                     1.  Menggunakan Hukum Ohm, Hukum Kirchoff Pertama dan Hukum Kirchoff Kedua untuk

                         meramal  nilai  arus  dan  beza  keupayaan  dalam  litar  arus  terus  yang  dibina  dalam
                         makmal.
                     2.  Mengukur  nilai  arus  dan  beza  keupayaan  dalam  litar  arus  terus  yang  dibina  dalam
                         makmal.


                     TEORI

                     Semua analisis litar Arus Terus boleh dilakukan dengan menggunakan tiga hukum berikut:


                     1.     Hukum Ohm

                     Hukum Ohm menyatakan bahawa arus yang mengalir dalam litar berkadar langsung dengan
                     beza keupayaan yang merentasi litar dan berkadar songsang dengan rintangan di dalam
                     litar. Secara matematik, ianya diberi dalam rumus I = V/R.( V=IR)


                     2.     Hukum Kirchoff Pertama

                     Hukum nod Kirchoff menyatakan bahawa penjumlahan algebra semua arus pada suatu nod

                     (Junction Point) adalah sifar. Arus-arus yang masuk ke dalam nod adalah negatif manakala
                     arus-arus yang meninggalkan nod                             adalah positif. Contohnya
                     jika  situasi  litar  adalah  seperti                       dalam Rajah 2, maka
                      -I1 + I2 + I3 = 0       atau       I1 = I2                           + I3







                                                           Rajah 2
   1   2   3   4   5   6   7   8