Page 8 - LT IPGKPI 2018
P. 8

Pengenalan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidi-
kan Islam merupakan sebuah jabatan yang menguruskan hal ehwal pelajar,
menjadi penghubung di antara pelajar dengan pentadbir, menjaga kebajikan
pelajar, menguatkuasa peraturan dan memainkan peranan sebagai nadi
pelaksanaan pelbagai aktiviti bagi merealisasikan visi, misi dan objektif IPG.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar diterajui oleh seorang Ketua Jabatan, seorang Pe-
nolong Ketua Jabatan, enam orang Ketua Unit, dua orang pegawai penguru-
san, seorang pembantu tadbir dan seorang pembantu operasi.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KPI disokong oleh enam unit iaitu:

         Unit Pengembangan dan Kepimpinan
         Unit Kolej Kediaman
         Unit Bimbingan dan Pembangunan Insan
         Unit Disiplin dan Tatatertib
         Unit Kebajikan dan Sosial
         Unit Data dan Rekod

Selain dari unit-unit di atas, Jabatan HEP juga mengendalikan aktiviti pelajar
melalui Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ( JPP ).
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13