Page 14 - Taufan Al Aqsa
P. 14
semua umat Islam.”
“Peperangan antara Arab dengan Israel merupakan
jihad dan dalam masa yang sama adalah
mempertahankan hak dan maruah umat Islam
yang telah ditindas dan diceroboh. Sesapa yang
mati maka dinilai sebagai syahid di sisi Allah. Rakyat
Palestin ada yang terpaksa keluar meninggalkan bumi sendiri
kerana teruknya mehnah dan tribulasi yang menimpa mereka
dalam pelbagai aspek. Maka wajib kepada semua negara-
negara Islam yang ada untuk membantu mengembalikan hak
mereka. Sekiranya ada mana-mana negara umat Islam yang
tidak mengambil bahagian maka ia merupakan satu jenayah
terhadap Allah dan Rasul-Nya.” (Lihat al-Fatawa oleh
Syeikh Abd al-Halim Mahmud, 2/114)
12