Page 9 - Taufan Al Aqsa
P. 9

Persamaan 6 Oktober 1973

                       dan 7 Oktober 2023



             Genap hampir 50 tahun umat Islam pernah
             membenamkan Yahudi dalam peristiwa yang cukup luar
             biasa, iaitu pada 6 Oktober 1973. Ianya diulangi selepas
             50 tahun kemudian, yang berlaku pada 7 Oktober
             2023. Kedua-duanya berlaku pada hari Sabtu, yang
             dianggap paling suci bagi orang Yahudi. Kedua-duanya
             menunjukkan kemenangan kepada pihak Islam.


             Kami kemukakan beberapa fakta bersejarah tentang
             peristiwa 6 Oktober 1973:

                •  Tentera Islam Mesir telah berjaya menghancurkan
                    bala tentera Yahudi di Sinai, Mesir.

                •  Benteng  Barlive yang  disangka  benteng granit
                    terkukuh telah hancur.
                •  2688 orang tentera Israel telah terbunuh dalam
                    pertempuran tersebut dan ribuan lagi tercedera
                    (dengan anggaran 5,000 - 10,000)

                •  Perang yang dikenali sebagai Yom Kippur ini
                    dilihat sebagai separuh menang. Garis Bar Lev
                    yang dilihat ‘tidak dapat ditawan’ telah berjaya
                    ditempuh. Bahkan, pasukan tentera udara Israel
                    telah mengalami kerugian teruk dan mitos
                    keunggulan  tentera  Israel telah  dihancurkan di
                    Sinai dan Dataran Tinggi Golan.



                                          7
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14