Page 5 - Taufan Al Aqsa
P. 5
Mencipta Sejarah
Tanpa sebarang khabar, tiba-tiba pada pagi Sabtu, 7
Oktober 2023 yang lalu, seolah-olah satu taufan yang
melanda tanah haram Israel dengan pukulan yang tanpa
disangka-sangka. Pihak Hamas telah melancarkan peluru
berpandu atau roket yang jumlahnya cukup banyak hanya
dalam tempoh yang amat pendek.
Tindakan pasukan tentera muqawamah masuk melalui
paraglider serta tentera tempur darat secara mengejut
melumpuhkan pertahanan dan benteng tentera musuh
dengan begitu rapuh. Tindakan seperti ini memerlukan
kecekapan, keberanian, strategi serta semangat yang
kental dan hala tuju mahupun sasaran yang jelas. Ia
telah melenyapkan satu mitos yang Israel tidak mungkin
dikalahkan.
Inilah detik yang memalukan dunia terutamanya Israel.
Mereka hanya bergantung kepada Tuhan yang Maha
Esa. Operasi yang mereka lakukan kurang daripada 10
jam telah menjadi igauan maut dan mimpi ngeri kepada
penduduk Israel yang sekian lama tidak menyangka.
Maklumat yang sahih menunjukkan ketika serangan pagi
atau Taufan Aqsa dilakukan sebahagian besar penduduk
Yahudi berhampiran dengan sempadan sedang berpesta.
3