Page 53 - Taufan Al Aqsa
P. 53
9 daripadanya tidak lagi beroperasi, di mana
serangan mengakibatkan kematian 17 kakitangan
pendidikan dan lebih 320 kanak-kanak.
• Pejabat kerajaan yang musnah: 42 ibu pejabat
kerajaan dan 260,000 kemudahan serta pertubuhan
dan bangunan awam musnah.
• Bekalan makanan, air, elektrik dan bahan api
dihalang masuk dari kawasan pesisir pantai oleh
pihak Israel. Satu-satunya loji kuasa Gaza kehabisan
bahan api pada hari Rabu (11 Oktober 2023). Shifa
dan hospital-hospital lain bermati-matian cuba
menyelamatkan apa sahaja diesel yang masih
ada dalam penjana sandaran mereka, mematikan
lampu di semua jabatan hospital kecuali yang paling
penting — bilik rawatan rapi, bilik bedah, stesen
oksigen.
• Astro Awani melaporkan semua hospital di Gaza
telah kehabisan simpanan bahan api di mana
mereka terpaksa menggunakan semua simpanan
bahan api selama 2 minggu kerana sekatan elektrik,
air dan bahan api yang dilaksanakan oleh rejim
Israel. (23 Oktober 2023)
51