Page 55 - Taufan Al Aqsa
P. 55
Kenyataan Dr Mahathir Pada
19 Oktober 2023 Berkenaan
Pengeboman Hospital di Gaza
PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGAN (Diterjemah
dari posting asal: Of Lies and Deceptions)
1. President Joe Biden dalam satu kenyataan
mendakwa pengeboman hospital di Gaza berpunca
dari roket milik pejuang Palestin yang tersasar
adalah kenyataan yang amat karut dan tidak masuk
akal.
2. Tidak perlu ada rasa sangsi sama sekali bahawa
pengeboman Hospital Ahli Arab ialah dari serangan
udara rejim pembunuh Israel yang hendak
melenyapkan rakyat Palestin dan Gaza dari muka
bumi sejak minggu lepas.
3. Israel yang menyerang rakyat Palestin selama ini,
dalam usaha untuk melenyapkan mereka selama
70 tahun tiba-tiba sekarang, selepas melancar
serangan udara siang dan malam, menyalahkan
rakyat Palestin di atas pengeboman hospital.
4. Naratif Biden hanya bersandar kepada maklumat
dari Netanyahu dan Pentagon.
5. Netanyahu sudah pasti berbohong. Dan kalau
53