Page 59 - Taufan Al Aqsa
P. 59

•  Memberi bantuan kewangan kepada rakyat
                   Palestin yang amat memerlukan bantuan
                •  Memberi bantuan perubatan dan juga pakar-pakar
                   yang turun ke lapangan untuk merawat mereka
                   yang tercedera

                •  Memperkukuhkan  kerjasama  strategik  antara
                   kerajaan  dan NGOs  yang sudah  begitu  lama
                   terlibat secara langsung dengan isu Palestin seperti
                   MAPIM, Muslim Care, Aman Palestin, Aqsa Syarif,
                   My Aqsa Defenders, Serantau Muslim dan lain-lain.
                •  Hubungan yang baik dengan negara jiran seperti
                   Mesir dengan sempadan Rafah, Jordan, Syria
                   dan Lubnan bagi memudahkan saluran bantuan
                   dapat  diberi  sesegera  mungkin  kerana  rakyat
                   Gaza terutamanya sedang bertarung dengan isu
                   makanan, perubatan, kesihatan dan juga bagi
                   meneruskan sisa-sisa kehidupan.

                •  Para ulama’ dalam pelbagai organisasi seperti
                   Majlis Fatwa, Majma’ al-’Ilmi, Dar al-Ifta’ al-
                   Misriyyah, Lajnah Hai’ah Kibar Ulama’ Sa’udi dan
                   lain-lain termasuk para ulama’ secara individu
                   mengeluarkan fatwa yang terkait dengan isu
                   ini untuk mengukuhkan lagi keyakinan pihak
                   masyarakat bagi menyokong rakyat Palestin yang
                   sedang ditindas oleh rejim Zionis.
                •  Pihak  berkuasa  negeri  melalui  Majlis  Agama






                                          57
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64