Page 105 - qiraat sab'ah
P. 105
Syarah Al-Syatibi
v. Ibdal huruf hamzah (ء) kedua kepada huruf mad dan dipanjangkan
dengan qasr (dua harakat).
Bagi kalimah ini Qanbul membaca dengan tiga wajah:
i. Tashil baina-baina huruf hamzah (ء) kedua dan qasr (dua harakat) pada
mad badal.
ii. Ibdal huruf hamzah (ء) kedua kepada huruf mad dan dipanjangkan
dengan ishba` (enam harakat).
iii. Ibdal huruf hamzah (ء) kedua kepada huruf mad dan dipanjangkan
dengan qasr (dua harakat).
ِ
ِ
لادعَأ َ لاز ام ُْ دمْلاو هرصَ ق ز َ يج
َ َ ْ َ َ َ َ ُ ْ ُْ ٍَّ يْغم ٍ ز َ هَ لبَ ـق دم ُ فرح ْ نإو َ
َ ُ ْ
ْ ِ
َْ
َ
ُ
َ
Pada bait ini, Syeikh menyatakan ketika huruf mad berada sebelum huruf hamzah
(ء) yang telah diubah, samada kerana tashil atau ibdal harus dibaca dengan qasr
atau dipanjang mengikut hukum asal. Dalam bab ini kadar panjangnya adalah
tawassut.
Ketika huruf hamzah (ء) berubah kerana tashil bacaan dengan panjang (tawassut)
adalah didahulukan kerana masih kelihatan kesan dari huruf hamzah (ء). Apabila
mad tersebut berada sebelum huruf hamzah (ء) yang berubah kerana isqat
(gugur), bacaan qasr (dua harakat) adalah didahulukan kerana kesan yang
menunjukkan keberadaan huruf hamzah (ء) tersebut telah hilang.
Perhatian*
i. Abu Amru membaca pada ayat yang berhimpun antara mad munfasil
dengan mad muttasil: , , ,
dan seumpamanya kerana perubahan pada huruf hamzah (ء) seperti
berikut:
▪ Qasr (dua harakat) mad munfasil dan qasr (dua harakat) pada huruf
mad yang berada sebelum hamzah (ء) yang berubah kerana isqat
(gugur).
▪ Qasr (dua harakat) mad munfasil dan tawassut (empat harakat) pada
huruf mad yang berada sebelum hamzah (ء) yang berubah kerana
isqat (gugur).
[86]