Page 108 - qiraat sab'ah
P. 108
Syarah Al-Syatibi
pertama dan ibtida`(memulakan) bacaan pada kalimah berikut, huruf hamzah (ء)
tersebut hendaklah dengan tahqiq bagi semua qurra`.
* Perhatian
Syeikh menerangkan pada bait ini tentang dua perkara:
i. Ibdal: sekiranya huruf hamzah (ء) dibaca dengan ibdal (tukar), huruf
hamzah (ء) tersebut hendaklah diibdal (tukar) kepada huruf ya (ي) atau
wau (و) yang sahih (bukan huruf mad) sehingga tidak terdapat sebarang
perkara yang berkaitan dengan huruf hamzah (ء). Huruf yang ditukarkan
hendaklah membetuli dengan jenis baris huruf sebelumnya. Jika
sebelum berbaris kasrah (bawah) hendaklah diibdalkan (tukar) kepada
huruf ya (ي) dan sekiranya berbaris dhommah (hadapan) kepada huruf
wau (و)
ii. Hakikat tashil: menyebut huruf hamzah (ء) yang ditashilkan baina-baina
dengan sebutan antara huruf hamzah (ء) dan sebutan baris yang
dibariskan padanya:
▪ Huruf hamzah berbaris fatah (atas) ditashil antara huruf hamzah (ء)
dengan alif (ا).
▪ Huruf hamzah (ء) berbaris kasrah (bawah) ditashil antara huruf
hamzah (ء) dengan huruf ya` (ي).
▪ Huruf hamzah (ء) berbaris dhommah (hadapan) ditashil antara huruf
hamzah (ء) dengan huruf wau (و).
مـــــــلعأ هــــــللاو
[89]