Page 83 - qiraat sab'ah
P. 83
Syarah Al-Syatibi
Bab Mad dan Qasr
ِ
ٍ
ِ ِ
لاِ وُط زمْلَا يقَ ل مض نع واوْلا ِ وَأ ةرــــــــــــسَ ك دـــــــعـب اهؤاــــــي وَأ فلَأ اَ ذإ
َ
َ َْ َ ُ
ٌ
ِ ََْ
َ ْ
ِ
ْ
َ
َ ْ َ ُ َ
ِ
ِ
ِ
ِ
لضمُو اًّ رد كيِ ورـي امهفْ لبِ
َ َ ُْ َ َ َ ُْ َ ِ ِ اــــبلاَ ط هرداــــب رصَ قْلاَ ف لصَ فـنـي ْ نإَ ف
ً
ُْ ِ
ُ
ُ ْ
َْ
ْ
ِ
ٍ
ِ
ِ
ِ
َ لَإ هرمَأ اهمُأ قي هُ لوصْ فمو هُ لاـــــصتا ءاــــشو ءوـــس نعو ئجَ ك
َ
ِ
ُ َ
ُ ْ َِ
َ
ُ
َ
ُ ُ ََ
ُ ْ َ َ َ
Mad pada bahasa: penambahan.
Istilah: Memanjangkan suara pada huruf mad ketika bertemua huruf hamzah (ء)
atau sukun (mati).
Huruf mad ialah:
i. Huruf alif (ا).
ii. Huruf wau (و) sakin (mati) sebelumnya baris dibawah.
iii. Huruf ya (ي) sakin (mati) sebelumnya baris hadapan.
Hukum mad terbahagi kepada dua iaitu:
i. Asli: Mad yang tidak mempunyai kaitan sebab dengan huruf hamzah (ء)
dan tanda sukun (mati). Mad ini juga dikenali dengan tabi`i kerana
kelazimannya dibaca dengan tidak ada penambahan atau kekurangan
pada tabiat asal huruf mad iaitu dengan kadar dua harakat.
ii. Far`i: Mad yang mempunyai kaitan dengan sebab huruf hamzah (ء) atau
sukun.
Mad Far`i yang mempunyai kaitan dengan huruf hamzah (ء) terbahagi kepada tiga
iaitu:
i. Mad Munfasil: Huruf mad berada di akhir kalimah dan huruf hamzah (ء)
berada pada awal kalimah berikut: contoh: .
Mad munfasil, hukumnya adalah jaiz (harus) iaitu mad yang boleh dibaca
dengan qasr (dua harakat) atau lebih mengikut sandaran kepada riwayat
yang tertentu.
[64]