Page 88 - qiraat sab'ah
P. 88

Syarah Al-Syatibi


                                                                      ِ
                                                                                                   ِ
                                                                                 ِ
                                              ِ ِ
                                               لصُأ ناهجو  فْقوْلا نوُ كس دنعو              ٍ نكاس لبَ ـق ام دمْلبِ مهِ لُ ك نعو
                                                              ِ
                                                        ِ
                                                                                            ِ ِ ِ
                                                                 ُ َ ْ
                                                                                            ِ
                                             ِ
                                                   َ ْ َ
                                                                                       ْ َ َ
                                                                                                      ْ َ َ
                                                                                                 ْ
                                                           َ
                                                                                   َ َ
                   Bait ini menerangkan bahagaian kedua dalam bab far`i yang disebabkan sukun
                   (mati). Ianya terbahagi kepada dua iaitu sukun (mati) asli dan sukun (mati) `aridh
                   (mendatang).
                   Sukun (mati) asli ialah tanda sukun (mati) yang terdapat ketika wasal dan juga
                   ketika waqaf. Mad yang terhasil dari keadaan ini dinamakan mad lazim. Hukum
                   mad ini terbahagi kepada dua iaitu mad lazim kalimi dan mad lazim harfi.
                   Mad Lazim Kalimi.
                   Selepas huruf mad terdapat sukun (mati) asal sama ada ketika wasal  ataupun
                   waqaf dalam satu kalimah.
                   Mad ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:


                     i.   Mad  lazim  kalimi  muthaqqal:  Sekiranya  selapas  huruf  mad  tersebut
                          terdapat  huruf  yang  mati  diidghamkam  (dimasukkan)  ke  dalam  huruf

                          selepasnya dan ditanda dengan tashdid (sabdu), contoh:              .

                     ii.   Mad lazim kalimi mukhaffaf: Sekiranya selepas huruf mad tersebut terdapat


                          sukun (mati) secara jelas dalam satu kalimah, contoh:           .

                   Hukum bacaan mad lazim hendaklah dibaca dengan ishba` (enam harakat) bagi
                   semua qurra` sama ada ketika wasal atau pun waqaf.


                                                ِ
                                        ِ
                   *    لصُأ ناهجو فْقوْلا نوُ كس دنعو
                        ِ ِ
                                  ِ
                                            ُ َ ْ
                        ِ
                              َ ْ َ
                                     َ
                   Bait ini menerangkan bahagian mad far`i yang terdapat huruf sukun (mati) selepas
                   huruf mad disebabkan waqaf pada kalimah tersebut. Dalam bait ini dinyatakan
                   ianya dibaca dengan dua wajah iaitu tawassut (empat harakat) dan juga ishba`
                   (enam harakat). Tidak dinyatakan dengan qasr (dua harakat) kerana ia telah thabit
                   ketika  wasal  dan  waqaf  bagi  semua  qurra`  sebagaimana  telah  maklum  semua
                   qurra`  membaca  dengan  tiga  wajah  iaitu  qasr  (dua  harakat),  tawassut  (empat
                   harakat) dan ishba` (enam harakat) kecuali khilaf pada raum dan ishmam. In sya
                   Allah akan diterangkan dalam bab yang berkaitan.











                                                             [69]
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93