Page 12 - SKM 6 TOPIK 2 FINAL_Neat
P. 12
SKM 6
ALLAH MEMBENTUK UMATNYA
TOPIK 2 : DICIPTA MENYERUPAI ALLAH
Matlamat :
Menyedari bahawa Allah telah mencipta setiap
orang daripada kita ini unik dan untuk tujuan yang
istimewa
2. Allah juga turut mengongsikan kualiti-
kualitiNya dengan kita.
Atas sebab inilah maka kita mampu untuk
menyintai, berfikir, menunjukkan belas
kasih, untuk memperoleh serta berkongsi
pengetahuan dan juga menunjukkan kualiti-
kualiti yang tidak dapat dilakukan oleh
ciptaan Allah yang lain. Manusia juga turut
dapat melibatkan diri dalam hasil karya Allah
yang lain (melahirkan anak, memikirkan
idea-idea yang baru, mencipta sesuatu yang
baru dan sebagainya)
3. Allah menciptakan manusia itu sebagai lelaki
dan perempuan
Allah menciptakan lelaki dan wanita supaya
mereka sama-sama dapat menjaga serta
menghormati sesama. Lelaki dan wanita
memerlukan antara satu dengan yang lain,
agar dapat tumbuh dan menjadi matang
sepenuhnya sebagai seorang manusia biasa