Page 14 - SKM 6 TOPIK 2 FINAL_Neat
P. 14
SKM 6
ALLAH MEMBENTUK UMATNYA
TOPIK 2 : DICIPTA MENYERUPAI ALLAH
Matlamat :
Menyedari bahawa Allah telah mencipta setiap
orang daripada kita ini unik dan untuk tujuan yang
istimewa
7. Allah juga telah menciptakan kita untuk
suatu rencana yang istimewa.
Tidak ada yang dapat menggantikan tempat
kita ataupun melaksanakan rencana Allah
yang telah dirancangkan olehNya untuk kita.
Maka dengan itu, kehadiran kita di dunia ini
adalah amat penting. Kehadiran kita
memberi makna kepada Allah. Kita amat
berharga di mata Allah.
• Untuk memenuhi rencana Allah, Dia telah
memberikan setiap daripada kita sikap-sikap
yang istimewa, anugerah serta bakat. Dia
mahu agar kita mengembangkan sikap,
anugerah dan bakat pemberianNya itu dengan
sebaik mungkin dan menggunakannya bukan
sahaja untuk kebaikan diri sendiri, malah juga
kepada orang lain.