Page 13 - MAJALAH SRI JELASIN 2024
P. 13

KATA ALU-ALUAN KETUA


                       PENGARAH PENDIDIKAN



                                        MALAYSIA





               Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Anak
               yang Baik lagi Cerdik.


               Saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan
               yang diberikan bagi mencoret sepatah dua kata dalam majalah sekolah tahun ini.
               Sekalung tahniah diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah
               ini. Sesungguhnya usaha warga sekolah dalam merakamkan pelbagai peristiwa penting
               sepanjang tahun termasuklah informasi menarik yang lain membuktikan komitmen dan
               kerjasama padu semua dalam memberikan yang terbaik.
               Pendidikan  menuntut  penglibatan  aktif  semua  pihak  bagi  memastikan  potensi  murid
               dapat dibangunkan selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
               Kebangsaan.  Pembangunan  dari  aspek  akademik  serta  akhlak,  adab  dan  integriti
               berlandaskan konsep Karamah Insaniah adalah penting bagi memastikan generasi Anak
               yang  Baik  lagi  Cerdik  (ABC)  dapat  dilahirkan  dalam  usaha  membangunkan  Malaysia
               Madani.
               Kebersamaan semua guru dan warga sekolah dalam menyediakan pendidikan berkualiti
               termasuklah memastikan peluang pendidikan dapat dinikmati oleh semua tanpa mengira

               status  sosioekonomi  mahupun  keupayaan  bagi  mengelakkan  sebarang  keciciran
               amatlah saya hargai. Keterbukaan serta penglibatan aktif ibu bapa, komuniti dan pihak
               swasta  dalam  sama-sama  memacu  kecemerlangan  pendidikan  negara  juga
               menunjukkan  bahawa  peranan  pembinaan  negara  tercinta  ini  adalah  tanggungjawab
               semua sepertimana ungkapan 'it takes a Village to raise a chilď.
               Akhir kata, syabas sekali lagi atas penerbitan majalah sekolah ini dan semoga segala
               gerak  kerja  yang  dimainkan  oleh  semua  pihak  membawa  kecemerlangan  dan
               kesejahteraan kepada murid, warga pendidik, sekolah dan negara amnya.























                                                                                                             11
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18