Page 14 - MAJALAH SRI JELASIN 2024
P. 14

KATA ALU-ALUAN KETUA


                       PENGARAH PENDIDIKAN



                                        KELANTAN





               Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera


               Terlebih  dahulu  setinggi-tinggi  kesyukuran  ke  hadrat  Illahi  kerana  telah  diberi  peluang
               untuk menitipkan bicara dalam majalah Sri Jelasin bagi sesi persekolahan 2023/2024.
                Saya yakin dan percaya bahawa majalah yang penuh maklumat ini berjaya diterbitkan
               hasil daripada semangat bekerja sepasukan dalam kalangan warga pendidik di sekolah
               ini. Semua aktiviti yang dimuatkan dalam majalah ini mencerminkan wajah dan idealisme
               sekolah  dalam  usaha  menterjemahkan  kemenjadian  murid.  Ini  tentu  akan  menjadi
               sandaran kepercayaan serta keyakinan dalam kalangan ibu bapa terhadap wibawa para
               pendidik dan sekolah ini.
                 Pelibatan  murid  dalam  semua  aktiviti  kurikulum  dan  kokurikulum  sangat  penting.  Ini
               merupakan usaha meningkatkan kualiti kemenjadian murid agar mempunyai jati diri dan
               sosio emosi yang kuat bagi mendepani cabaran hidup. Hal ini sejajar dengan Falsafah
               Pendidikan  Kebangsaan,  iaitu  berfokus  kepada  pembangunan  murid  secara  holistik
               yang menekankan pembangunan intelek, rohani, emosi dan fizikal.
                 Sesungguhnya  untuk  menzahirkan  Anak  yang  Baik  lagi  Cerdik  (ABC),  maka  semua
               pihak perlu berusaha memastikan anak-anak mendapat akses pendidikan berkualiti dan

               berkemampuan. Seterusnya matlamat untuk menzahirkan modal insan yang cemerlang
               dapat  dicapai.  Maka  para  pendidik  perlu  memperkemaskan  segala  prosedur,  sumber
               dan tenaga dalam usaha mencapai Indeks Prestasi Utama(KPI).
                Semoga warga sekolah akan sentiasa sederap menyumbang komitmen serta ada nilai
               tambah  dalam  tugas  professional  yang  diamanahkan.  Sebagai  mengakhiri  kata-kata
               aluan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga sekolah
               yang terlibat dengan penerbitan ini. Semoga daya usaha menerbitkan majalah sebegini
               akan kekal berterusan dan iltizam demi pendidikan masa depan.
                Tahniah dan terima kasih cikgu.


               HALA TUJU “MENUJU PRESTASI DALAM KEBERSAMAAN”


               Dato' Hj. Mohd Zamri bin Hj. Abdul Aziz D.P.S.K., P.S.K.
               Pengarah

               Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan







                                                                                                             12
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19