Page 26 - Emajalah pengabdi setan
P. 26

Didalam  adegan filem  Pengabdi  setan di  mana   nenek  si  Rini  tidak  merestui perkahwinan  ibu
      bapa  mereka  keran  ibu  Rini  iaitu  Marwani  Suwono  adalah  seorang  seniman  dan  tidak  bisa
      mempunyai seorang anak lalu si Marwani mengikuti pemujaan dan perjanjian kepada setan untuk
      mendapatkan anak . Selepas meninggal dunia anak bongsu Marwani iaitu Ian  menjadi tebusan
      untuk dituntut setan. Jadi , di sini terbuktilah  kita boleh mengengkang ibu bapa kita sekiranya
      perkara yang disuruh adalah melanggar syariat Islam.









      Menurut Imam al-Ghazali, kebanyakan ulama berpendapat, wajib si anak mentaati ibu bapanya
      walaupun dalam perkara syubhah, apatah lagi perkara-perkara yang harus.

      Ini bermakna, hukum asal  sesuatu itu harus (tidak wajib) menurut syarak boleh bertukar menjadi
      wajib  jika  itu  yang diperintahkan oleh  ibu bapa. Contohnya,  membeli  makanan untuk  ibu bapa
      hukumnya harus, tetapi apabila diperintahkan oleh kedua-duanya atau  salah  seorang daripada
      mereka,maka ia menjadi kewajipan kepada si anak selagi mana dia mampu untuk melakukannya.

      Bagi  mereka  yang  ibu  bapanya sudah  kembali  ke  Rahmatullah,masih ada  peluang  yang besar
      bagi  si anak untuk berbakti orang tuanya yang sudah tiada.

      Ia  disarankan  sendiri  oleh  Rasulullah  SAW  melalui  hadis  sahih  yang  mana  seorang  lelaki
      bertanya kepada   baginda: “Adakah masih ada peluang untuknya berbakti kepada ibu bapanya
      yang sudah tiada ?”  Lalu Nabi Muhammad SAW menjawab: „Ya , ada empat perkara (cara) iaitu
      mendoakan  dan  memohon  pengampunan  untuk  kedua-duanya,  melunaskan  wasiat  mereka,
      memuliakan  sahabat  karib  mereka  dan  menghubungkan  tali  silaturahim  saudara-mara  mereka
      yang tiada hubungan pertalian darah ( melalui penyususan dan perkahwinan seperti ipar-duai dan
      anak-anaknya).” (Riwayat Abu Daud)
                                                                                                   22
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31