Page 29 - Emajalah pengabdi setan
P. 29

2. Baligh
                Menurut Syeikh Salim al-Hadhrami dalam Matan Safinah al-Naja alamat baligh itu ada tiga:
                - Sempurna umurnya 15 tahun (Qamariyyah) bagi lelaki dan perempuan;
                - Bermimpi (keluar mani) bagi lelaki dan perempuan bagi yang umur 9 tahun ke atas;
                - Kedatangan haid bagi perempuan yang umur 9 tahun ke atas;
                Sebahagian ulama menambah bagi perempuan jika dia mengandung. Rujuk al-Mu`tamad
                (1/154).

                Justeru, kanak-kanak dan bayi tidak diwajibkan solat, tetapi wajib diajar untuk solat pada umur
                7 tahun dan dihukum dengan seumpama rotan pada umur 10 tahun jika enggan. Dalilnya adalah
                hadis Ali bin Abi Talib RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

                                ْ
                       ْ  تَثلَث  ْْ ٍع   َ   َ َ  ْ ُ ىَهَقنا   ْ َ عِف ُ س: ْ َمِقْعٌَ   ى خح   َ  ْ ِ ٌىُُْج َ ًنا ْ    ْ ِ ٍَعو  ،    ْ ىِهَخحٌَ   ْ  ى خح   ِ َ  ْ ّ ً ِ ب صنا   ْ ِ ٍَعو َ  ،    ْ َظِقٍَْخْسٌَ   ى خح   َ  ِْ ىِئب ُنا   ْ ِ ٍَع
                                                       َ َ

                Riwayat Abu Daud (4403). Hadis ini dihukumkan sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim.
                Maksudnya: “Diangkat pena (tidak dicatitkan sebagai dosa) daripada tiga golongan; daripada
                orang yang tidur sehingga dia sedar, daripada bayi sehingga dia bermimpi (baligh), dan daripada
                orang gila sehingga dia kembali beraqal.”
                Daripada Amr bin Syuaib, daripada bapanya, daripada datuknya, bahawa Rasulullah ﷺ
                bersabda:

                             ْ  شْشع ْ ُءبُْبأ َ    ْ ْ ىُهو َ  ،    ب َ هٍَْ    هَع ْ ْ ىُهىُب ِ شْظاو َ  ،    ٍٍَُِِْس  ْ عْبس ْ ُءبُْبأ َ    ْ ْ ىُهو َ    ْ ِة َ لَ صنبب   ِ  ْ ْ ىُكَد َ لَوأ َ    ْ  او ُ شُي
                                                             َ   َ
                                  َ   َ
                                                         ِ

                Riwayat Abu Dawud (no.495). Hadis ini dihasankan oleh al-Tirmidzi.
                Maksudnya: “Suruhlah anak-anak kalian untuk menunaikan solat pada umur tujuh tahun dan
                hendaklah pukul mereka jika merekan enggan pada umur 10 tahun.”
                Seseorang kanak-kanak yang baligh semasa beribadah, contohnya cukup umur, maka solatnya
                itu sah dan tidak perlu dibatalkan atau diqadha’kan. Ruju al-Mu`tamad (Ibid).






























                                                                                                   25
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34